PELAWAT

Get a free hit counter .

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 24, 2009

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KDP BESTARI

Majlis Penutupan Kursus LDP Bestari ini telah diadakan pada hari terakhir kursus pada jam 10.30 pagi dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Ipoh iaitu Tn Hj Mohamed Isa bin Khalid. Majlis ini berjalan dengan lancar sekali dan selepas majlis diadakan jamuan meraikan perpisahan kami. Sedih gak .... setelah sebulan berkampung di IPGM tersebut dan tinggal seasrama dah rasa macam satu keluarga plak...... ada yang tak mau balik lagi.... pertama sebab sedih meninggalkan kawan2 dan kedua sebab banyak kerja kat sekolah sedang menanti... he heh heh
Jangan lupa....... ingat tok penghulu sama ok.... bye
dah tak tahu nak celoteh apa lagi....
dok ingat sekolah le pulak

LAWATAN PENANDA ARAS BESTARI DI STAR IPOH

Pada 23 Julai 2009 Khamis, semua peserta kursus KDP Bestari Kohort 2 telah mengadakan lawatan penenda aras ke Sekolah Bestari iaitu Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh Perak. Di sana kami telah banyak mempelajari bagaimana sebuah sekolah bestari diuruskan dan prasarana yang terdapat di sana. Proses P&P juga lebih berpusatkan murid di mana murid diberi kebebasan secara terkawal untuk mencari maklumat dan belajar sendiri dalam bentuk PBL.

Wednesday, July 22, 2009

Minggu Terakhir Kursus

Peserta kursus Bestari sudah gila BOWLING. Mereka melepaskan ke Tension an mereka dengan bermain bowling di Ampang Bowl Ipoh Parade. Sebab esok hari ada sesi perbentangan pakej P&P yang telah dibuat separuh mati . Lepas berbowling longkang, mengisi perut di Restoran Laksamana Cheng Ho.

Tuesday, July 21, 2009

GAMBAR PESERTA KURSUS BESTARI

Peserta kursus bestari bergambar beramai-ramai. Namun terdapat 3 orang peserta tidak dapat hadir maka terpaksa le tok penghulu memasukkan 3 orang lagi tu dalam gambar.Ini lah hasilnya. Tengok je jangan komen. Hamba budak baru belajar

Hari Kedua Minggu keempat

Makanan minum pagi jam 10.00 lambat sampai.............
Perut dah berkerongcong....... alamatnya makan bayar sendiri le...
heh heh heh
Abis makan baru depa hantar makan.....
nak buat per.... nengok je le..